Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Penggunaan
air semakin meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dunia. Oleh yang
demikian, kerajaan telah membina empangan untuk menampung keperluan tersebut.
Empangan merupakan suatu pembinaan yang melibatkan pewujudan jasad air dalaman
yang besar. Salah satu empangan yang terdapat di Malaysia ialah Empangan Bakun yang merupakan empangan jana kuasa elektrik di Sarawak. Empangan Bakun merupakan empangan yang terbesar di Malaysia dan di Asia
Tenggara. Empangan Bakun mula dibina pada tahun 1986 dan mula melakukan operasi
penakungan air pada 13 Oktober 2010 (The Borneo Post, 12 Mac 2012) dan tenaganya mulai dijual pada 6 Ogos 2011 (The Borneo Post, 30 Jun 2011).
Kerajaan Malaysia mula membina empangan hidro elektrik ekoran
daripada pengurangan sumber mineral yang semakin ketara. Empangan merupakan
sumber alternatif yang efektif untuk menggantikan sumber mineral yang kian
pupus seperti diesel. Pada tahun 1949, lebih kurang 5000 buah empangan telah
dibina di seluruh dunia. Pada akhir abad ke 20 pula, terdapat lebih daripada
45,000 buah empangan di seluruh dunia telah dibina bertujuan untuk membantu
komuniti dan ekonomi dalam aspek kawalan banjir, makanan, peluang pekerjaan,
pembangunan bandar serta pembangunan industri dan domestik.Pembinaan empangan bukan sahaja berfungsi untuk mengawal banjir, membentuk
dan membekalkan air, malahan turut memainkan peranan dalam penghasilan sumber
hidroelektrik (Ismail Sahid, 1985).
Namun pembinaan empangan turut memberikan kesan buruk
kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan, manusia dan
ekonomi setempat. Pada umumnya ia menyebabkan kawasan tadahan menjadi semakin
berkurangan, hidupan liar di daratan dan organisma air musnah sama sekali,
aliran air mengalami perubahan secara mendadak, sifat kimia dan fizikal serta
kualiti air berubah, habitat sungai berubah menjadi habitat tasik, ikan air
tawar dan organisma akuatik yang lain berpindah tempat, juga habitat dan ekologi
sistem yang baru wujud.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Empangan Sedunia (World
Commission on Dams) , habitat di hilir sesebuah empangan itu seringkali
mengalami perubahan-perubahan tertentu yang akan mencipta persekitaran yang
menggalakkan pembiakkan spesies-spesies luar dan ini seterusnya dapat
menjejaskan populasi spesies-spesies asal sesebuah sungai tersebut. Selain itu, ekosistem yang telah berubah boleh menjadi
tidak stabil, menjejaskan sumber-sumber ikan yang menjadi rezeki para nelayan
dan membiakkan agen-agen penyakit yang berbahaya kepada manusia dan spesies
lain.
Seterusnya, sungai tersebut tidak akan dapat menyokong
masyarakat serta aktiviti budaya dan ekonomi yang wujud di hilir yang telah
menjadi sebahagian sejarahnya. Perubahan habitat ini boleh menyebabkan
akibat-akibat yang sangat buruk kepada penduduk yang bergantung kepada sungai
yang telah diempang untuk kehidupan seharian mereka. Aktiviti penebangan dan pembersihan
hutan untuk tujuan pembinaan empangan telah menyebabkan isipadu air di kawasan
tadahan air menjadi semakin berkurangan.Selain itu, ia turut menyebabkan
berlakunya hakisan tanah. Hal ini demikian kerana tiada lagi akar yang
mencengkam tanah di kawasan tersebut. Penyahutanan juga menyebabkan tanah
terdedah secara langsung dengan sinaran cahaya matahari. Kesannya suhu sekitar
semakin meningkat.
Kesimpulannya, pembinaan empangan merencanakan hubungan timbal balik antara kesan positif dan kesan negatif. Ketidakseimbangan antara dua kesan ini pasti akan boleh diatasi dengan langkah yang konsisten dan dinamik dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat.
Kesimpulannya, pembinaan empangan merencanakan hubungan timbal balik antara kesan positif dan kesan negatif. Ketidakseimbangan antara dua kesan ini pasti akan boleh diatasi dengan langkah yang konsisten dan dinamik dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat.